Ramadan dan Sains

May 30, 2019

Ramadan sudah sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, kita berpeluang untuk menambahkan Ibadah di tahun ini. Ramadan membawa 1001 kebaikan serta keampunan buat kita semua. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, Ramadan adalah bulan di mana kita mendidik anak-anak kita untuk lebih mengenali Islam. Bukan sahaja kita mahu memperkenalkan mereka tentang puasa semata-mata namun ianya lebih dari itu.

Apa kata kita ajar anak kita tentang kaitannya dengan Sains!

  1. Kedah tentukan puasa: Ceritakan kepada anak kita bagaimana hari puasa ditentukan iaitu dengan 3 kaedah. Kaedah melihat anak bulan atau rukyah, kaedah hisab dan juga gabungan kaedah rukyah juga hisab. Kita boleh membawa anak ke tempat melihat anak bulan yang telah ditetapkan oleh setiap negeri bagi memberikan pengalaman yang berharga buat mereka.

 

  1. Organ Penghadaman Rehat: Ajarkan kepada anak kita tentang organ penghadaman seperti usus yang akan direhatkan ketika berpuasa. Organ penghadaman telah penat menjalankan tugasnya selama 11 bulan dan kini perlu rehat dan membuang toksin dari badan kita.

 

  1. Mulut Berbau: Anak mungkin bertanya mengapa mulut berbau ketika berpuasa. Kita boleh bercerita kepada anak tentang kurangnya air liur ketika kita berpuasa dan ia menyebabkan mulut kita kering. Ini yang menyebabkan mulut kita berbau. Kita dapat mengatasinya dengan menggosok gigi dengan cara yang betul selepas berbukan dan selepas bersahur.

 

  1. Manfaat Sahur: Ceritakan juga tentang kebaikan bersahur dan kaitannya dengan sains. Bersahur sama seperti bersarapan sebelum kita menjalankan ibadah puasa. Dengan bersahur, kita menyediakan diri kita supaya dapat bertahan sehingga berbuka puasa.

 

Berikut pula adalah tip-tip mengajar anak untuk berpuasa. Masih sempat untuk di praktikkan sebelum menjelang Raya:

  1. Latih anak solat dahulu
    Fahamkan anak terlebih dahulu bahawa solat mesti dilaksanakan sebelum puasa.
  2. Bercerita tentang puasa
    Adakan sesi bercerita atau read aloud dengan anak tentang puasa bagi memberikan kefahaman yang lebih baik kepada anak-anak tentang puasa.
  3. Latih puasa secara berperingkat
    Latih anak untuk berpuasa selama beberapa jam dahulu atau setengah hari untuk hari pertama. Tambah jam dan hari mengikut keupayaan anak. Dengan cara ini anak akan lebih bersedia.
  4. Sediakan aktiviti yang menarik.
    Sediakan aktiviti yang menarik supaya anak kekalkan mood berpuasa dan dapat melekakannya seperti aktiviti mewarna, melukis, main puzzle, lego dan sebagainya.
  5. Hidang makanan kesukaan semasa sahur dan berbuka
    Anak pasti bersemangat untuk berpuasa jika kita menyediakan makanan kegemaran mereka. Pastikan juga berkhasiat!
  6. Lewatkan waktu bersahur
    Selain memastikan anak tidak cepat hilang tenaga kerana bangun awal, melewatkan waktu sahur juga akan mengelakkan anak tidur semula.
  7. Boleh berbuka tetapi kekalkan mood berpuasa
    Jika anak tak mampu puasa, izinkan dia berbuka tapi cuba kekalkan mood berpuasa. Contohnya: Boleh minum sikit tapi sambung puasa ya.
  8. Puji dan hadiah.
    Berilah pujian kepada anak jika dapat mencapai target puasa. Jika mahu beri hadiah, terpulang kepada kemampuan serta ketetapan masing-masing

Moga Tips dan penerangan Puasa dan Sains dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!

TANYA TEACHER : Nak Anak Pandai Baca? Mainlah bersama!Hikmah Bulan Ramadan