5 Cara Mudah Untuk Anak-Anak Menilai Guru Prasekolah Yang Rajin

May 15, 2018

Sempena Hari Guru tahun ini, kami di Genius Aulad ingin berkongsi rahsia dengan anak-anak semua bagaimana caranya untuk menilai guru-guru Prasekolah yang rajin sampai melebihi apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Cara 1 – Membawa Kotak Besar

Bila anak-anak lihat ada guru yang selalu bawa kotak besar-besar ke sekolah, itulah tandanya guru anda bukan hanya mengajar dari buku. Mesti ada sahaja benda yang menarik untuk dikongsikan untuk anda.

(Contoh: Cuba tanya pada guru anda di Genius Aulad, kotak-kotak ini hendak dibuat apa ya? Jangan terkejut kalau cikgu jawab – nak buat kepala ikan jerung!! – Jom nyanyi sama-sama ,”Baby Shark tutututu..”)

Cara 2 – DIY Alat Bantu Mengajar

Tengok alat-alat bantu mengajar yang digunakan seperti flashcard disediakan sendiri oleh guru-guru tanpa banyak bergantung kepada ‘ready-made‘ di kedai-kedai. Tentu lebih “heart-to-heart” apabila anak-anak belajar dengan “air tangan” guru sendiri.

(Contoh: Jom intai Reading Teachers di Genius Aulad yang ibarat doktor dengan pelbagai “teaching tools” untuk merekodkan tahap “Readability” setiap hari.)

Cara 3 – Dinding sebagai Medium Kreatif

Lihat dinding bertema yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai topik dan kreativiti pendidikan. Dinding yang kusam adalah tanda muram dan suramnya suasana guru itu mengajar.

(Contoh: Di Genius Aulad, setiap tahun selama 17 tahun di dinding-dinding ada Tema Utama yang berbeza (tema tahun ini – “Forest of Knowledge“) dan tema pendidikan ditukar setiap dua bulan dan setiap minggu pula ada sub-tema ‘hands-on‘ yang berbeza – bagi setiap subjek. Pening kan? Tapi tidak pening bagi guru-guru yang rajin! Anak-anak pula seronok dengan sesuatu yang baru untuk dipelajari.)

Cara 4 – Keterlibatan Ibu Bapa

Guru yang rajin tidak akan takut untuk selalu melibatkan ibubapa bersama di dalam pelbagai aktiviti di dalam kelas.

(Contoh: Di Genius Aulad, setiap dua bulan ibu bapa akan dijemput untuk program Student-Parents Activity (SPA). SPA adalah program eksklusif Genius Aulad mengajar bersama ibubapa menjadi guru sehari. Soalnya, ‘So dear parents, are you ready to be positively participative with your children?“)

Cara 5 – Berperanan sebagai Guru Setiap Masa

Biasanya Guru yang rajin akan menjadi guru di mana-mana, bukan sahaja di dalam kelas atau di sekolah.

(Contoh: “READ FOR CHILDREN IN HOSPITALS program with Genius Aulad teachers at hospitals all over Malaysia from August – December 2017” dan pelbagai lagi program sumbangan guru-guru kepada masyarakat seperti program “FIRST WE NEED LOVE” di Rumah Anak-anak Yatim berhampiran semua cawangan Genius Aulad.)

Senangkan?

Alhamdulillah. All praises only belong to Allah for all the teachers. When their intention is good, the love flows and the passion flows.

And so the children grow and glow.

“Thank You, Teachers”

When can we start talking about politics with our children?The Makings Of A Teacher