GENIUS AULAD announces the appointment of a new acting CEO.
5 intipati perkongsian daripada Puan Zaliza Alias, Pengasas Tadika francais GENIUS AULAD di program Realiti Rakyat @ ASTRO AWANI, 8.30pagi, 23 Jun 2020 :
1. Kesiapsiagaan untuk pembukaan Tadika adalah tanggungjawab, kepercayaan dan tugas bersama yang perlu digalasan oleh 3 pihak iaitu Ibubapa, guru-guru dan pihak pengurusan sekolah.
2. Matlamat Falsafah Pendidikan Negara tidak dapat dicapai dengan “remote learning”. Perkembangan kanak-kanak perlukan pendidkan yang holistik.
3. Keseronokkan dalam pembelajaran dan rasa seronok hendak ke sekolah itu boleh diteruskan dengan pelbagai cara dan permainan bertemakan Penjarakan Sosial dan Kebersihan. Contoh yang diberikan : anak-anak menggerakkan “kapal angkasa” mereka menuju ke setiap “planet” dengan penjarakkan, guru-guru bersalaman dengan “tangan robot”, sambut anak-anak dengan kostum arnab dan sebagainya.
4. Kanak-kanak perlu diterangkan kenapa perlunya penjarakkan sosial dan kebersihan, samada di rumah, di sekolah atau di mana saja. Mereka berupaya memahami, mudah dibentuk dengan rutin dan lebih mengikut kata guru untuk mendidik mereka dengan normal baru dengan pelbagai cara kreatif.
5. Kanak-kanak akan menghadapi keadaan ini bukan sahaja sebulan dua, tapi mungkin bertahun lagi dengan pelbagai kemungkinan. Dengan hampir semua sektor dan industri kini dibuka sepenuhnya , kita perlu menyiapkan anak-anak kita dengan kebiasaan keselamatan norma baru untuk menghadapi dunia sebenar demi masa hadapan mereka.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Inshaa Allah.
Cabaran Bijak Membaca adalah acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2010 didedikasikan untuk aktiviti bacaan bermakna!
Cabaran ini ditujukan kepada kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun, untuk mendorong mereka mengekalkan kemahiran, minat dan keyakinan mereka membaca. Ia biasanya dijalankan di semua tadika Genius Aulad dengan memuat naik video di media sosial.
Sekiranya anak anda mempunyai apa yang diperlukan untuk memenangi cabaran ini, pilih puisi atau sajak kanak-kanak, dan muat naik video bacaan mereka.
Pssst. Anda juga boleh menggunakan karya asli tulisan sendiri!
Berikut adalah beberapa contoh pantun yang boleh anda pilih:

Kami sangat teruja menantikan video anda!